Search

Coach

Bukan senang jadi coach. Tak cuba...

  • Share this:

Coach

Bukan senang jadi coach. Tak cuba tak tahu.

Beberapa hari lepas, saya cuba memperaksikan beberapa aksi kepada cucunda2 saya yang sedang berlari laju di kawasan ruang tamu. Seronok mereka berlari sambil bersuara kuat. Indahnya dapat kebebasan. Itu baru dalam rumah. Apa pula perasaan kalau dapat bergerak bebas di luar sana. Memang manusia dicipta untuk ada kebebasan bergerak (dan berminda).

Saya tunjuk cara senaman yang kita - orang remaja dan dewasa - lakukan. Ia baik untuk pinggang (dan juga kelancaran gelombang suara - saya dikhabarkan).

Hanya cucu sulung saya yang berminat. Adeela Jasmyn. Adiknya - Adeel Zaydan - hanya memerhati tapi tapi tak tertarik hati langsung. Dia masih teruskan aktiviti gaya bebasnya.

Adalah dia salah? Adakah saya salah?

Kadang2 dalam sesuatu perkara, tidak ada hitam dan putih. Kelabu. Dalam suasana kekelabuan ini, kita mesti bijak dan berhikmah. Lapang dada. Positif. Jangan cepat menghukum. Bukan setiap perkara apa yang kita nampak dengan mata zahir itulah hakikatnya. Not everything as it seems to be.

Kita kena pandai mendengar dengar mata kalau mata kita sudah kabur. Adeel Zaydan lebih suka & selesa dengan caranya. Mungkin bila dia sudah besar dan remaja dia akan tukar cara bersukan. Adeela pula suka membuat perkara yang baru khususnya daripada yang lebih tua.

Saya kena lebih pandai belajar bagaimana nak dapat influencing mind. Apakah tips2 infleuncing mind? Saya kena mula cari buku dan baca.

Rakyat Malaysia kena jadi rakyat yang suka membaca dalam suasana dan lanskap dunia yang disruptif dan kompetitif. Banyak lagi pain points (titik2 kesakitan dan kecederaan) yang belum dikenal pasti apatahlagi dirawati.

Mari kita baca paling kurang satu buku sebelum menjelang Hari Merdeka nanti. Nak jadi coach kena banyak membaca.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts